• epulzakaria

50 Idea Untuk Aktiviti Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah kawalan pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan sejak 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. Langkah ini diambil untuk membendung penularan jangkitan wabak Covid-19. Sejak PKP bermula semua sekolah, universiti, dan sebahagian pejabat, premis perniagaan serta kilang telah ditutup.



Perdana Menteri juga turut merayu seluruh rakyat Malaysia untuk duduk diam-diam di rumah dan tidak perlu keluar ke mana supaya terhindar dari jangkitan serta membendung penularan wabak Covid-19.


Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan selama dua minggu berada di rumah sepanjang PKP. Kami di Hirobola ada menyenaraikan 50 idea aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang anda di rumah.


1. Main PES/FIFA bersama keluarga atau rakan serumah. Boleh la buat liga, siapa kalah dia kena sediakan minum petang.


2. Ubah kedudukan perabut rumah untuk jadikan rumah korang lebih menarik dan dapat suasana yang baru.


3. Untuk yang tinggal rumah bujang masa ni la korang boleh basuh cadar dan sarung bantal yang dah lama tak basuh.


4. Berbincang dengan keluarga untuk tema baju raya. (Silalah patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan, nanti kita semua tak boleh raya)


5. Movie marathon, ini mesti paling ramai suka sebab boleh baring je depan TV seharian.


6. Main uno atau saidina. Tapi kalau kalah jangan la pulak ada yang bergaduh.


7. Untuk yang minat menulis blog atau jurnal, inilah masa yang terbaik untuk korang tulis tentang pengalaman Malaysia melawan penularan wabak Covid-19 atau topik lain yang menarik.


8. Kalau ada yang rindu kawan-kawan, teman istimewa atau kaum keluarga korang boleh video call berjemaah untuk tanya khabar.


9. Spring cleaning, pakaian atau barang-barang yang dah lama tak guna boleh asingkan untuk buat preloved atau bagi kepada mereka yang memerlukan.


10. Home workout, gym dan taman rekreasi tutup bukanlah alasan untuk tak bersenam. Banyak senaman yang boleh dilakukan walaupun dirumah.


11. Karaoke di rumah seolah-olah anda seorang penyanyi famous. (Tapi jangan over sampai ganggu jiran sebelah)


12. Download games yang berkaitan dengan bola sepak kat handphone. So bila ada ahli keluarga yang nak nak layan movie, korang boleh main game kat handphone.


13. Tengok dokumentari tentang lagenda bola sepak di YouTube.


14. Jika ada ahli keluarga atau rakan yang menyambut hari lahir di bulan Mac, korang boleh buat kek sendiri sama-sama dan buat sambutan kecil-kecilan di rumah.


15. Search resepi memasak untuk tambah skill memasak korang.


16. Call orang yang berhutang dengan anda dan kutiplah hutang. Masa genting begini RM10 pon berharga.


17. Baca balik semua buku dan novel yang ada di rumah. Boleh kongsi hasil bacaan korang dengan keluarga.


18. Google kasut bola paling gempak, paling perform untuk 2020 dan kemudian mula rangka plan untuk membelinya.


19. Perbanyakkan research pasal Covid-19, senang nanti kalau kawan-kawan atau saudara mara tanya, boleh sembang kencang seperti anda adalah WHO.


20. Tolong isteri buat kerja rumah sebaik mungkin. Dia belum suruh, anda dah offer diri untuk buat. Memudahkan urusan untuk permohonan keluar main bola nanti. #GTB


21. Kepada yang masih bujang, boleh install apa-apa sahaja apps berkaitan mencari jodoh. Mungkin inilah masanya untuk korang bertemu jodoh.


22. Tingkatkan penglibatan diri dalam memerangi fake news tentang Covid-19. Beritahu pak cik dan mak cik dalam group whatsapp yang bawang putih tidak membantu menyembuhkan

Covid-19. Kita bukan vampire.


23. Baca fakta-fakta menarik tentang bola sepak tempatan untuk jadikan point berborak dengan kawan-kawan. Point ini berguna untuk yang kurang minat dengan bola sepak.


24. Keluarkan album gambar lama dan tengok bersama-sama. Inilah masa untuk kita ingat kembali kenangan ketika kecil.


25. Tengok movie atau dokumentari yang ada kaitan dengan sukan. Bolehlah memberi inspirasi untuk bersukan bila ancaman corona dah sudah hilang.


26. Untuk yang meminati boleh sepak, korang boleh cari dan follow channel berkenaan bola sepak di Telegram untuk mendapatkan info terkini bola sepak.


27. Masa untuk throwback zaman dulu. Buat game bola kertas dan bermainlah dengan riang.


28. Masa untuk gilap dan tambah pengetahuan bola sepak anda. Baca, kaji dan tonton dokumentari komentator bola. Jika nasib anda baik, anda boleh jadi tetamu Bola @ Mamak.


29. Cuci dan susun koleksi kasut anda. Mungkin sebelum ni selalu bagi alasan tiada masa untuk cuci dan kemas rak kasut. Sekarang adalah masa yang tepat.


30. Scroll photo dalam handphone dan delete mana yang tidak diperlukan. Dapat lah kurangkan space dalam handphone.


31. Plan untuk next travel, mungkin disebabkan Covid-19 banyak rancangan percutian korang tergendala.


32. Kaji dan belajar tanam sayur sendiri, senang tak perlu beli. Mungkin juga nanti boleh jadi hobi baru.


33. Untuk yang dah berkahwin, google "Kebaikan Bermain Bola Sepak" dan tunjukkan kepada isteri anda. Supaya si isteri sedar tentang kebaikan bola sepak.


34. Fikir design jersi team yang baru dan kemudian buat tempahan di #RhinoSEA, jersi paling selesa, paling ngam. #BukanPostBerbayar


35. Untuk peminat motor atau kereta, usha sparepart kat Shopee dan 'add to cart' banyak-banyak. Berangan itu percuma.


36. Untuk kaum wanita, usha barang anak atau diri sendiri dan 'add to cart' banyak-banyak. Nanti bila gaji masuk boleh terus beli.


37. Kepada awek yang tak tahu masak, gunakan masa yang ada untuk belajar masak dengan emak. Nanti bila pergi rumah mertua boleh masak dengan bangganya.


38. Ambil masa untuk muhasabah. Apa yang kita sudah capai dan belum capai dalam hidup.


39. Home Spa. Boleh google idea yang menarik untuk manjakan diri anda kerana sebelum ini sentiasa sibuk dengan aktiviti lain. Dapat juga jimatkan duit.


40. Kaji status kewangan korang. Mungkin sebelum ni asyik tak cukup duit gaji. Jadi boleh plan untuk mula menyimpan.


41. Buat video tiktok untuk mencari follower. Bila dah ramai, boleh buat paid review.


42. Banyakkan membaca dan cuba menghafal Al-Quran. Dekatkan diri kepada Allah.


43. Untuk yang duduk rumah bujang spend masa untuk cuci peti ais yang dah lama korang abaikan. Asyik letak makanan je, buang mana yang patut.


44. Projek DIY menggunakan bahan terpakai dalam rumah. Aktiviti ini dapat mengalah perhatian untuk tidak rasa bosan.


45. Ajak keluarga untuk cuci kereta beramai-ramai. Tapi make sure korang buat dalam kawasan rumah sendiri.


46. Main permainan tradisional. Kebanyakan kanak-kanak sekarang tidak tahu tentang permainan tradisional. Inilah masanya untuk ajar mereka tentang budaya dan warisan kita.


47. Banyakkan minum air untuk kekal terhidrasi.


48. Pastikan seluruh ahli keluarga amalkan kebersihan. Kerap basuh tangan.


49. Gunakan masa yang ada untuk tidur sepuas-puasnya. Good luck semoga emak korang tak berleter suruh bangun.


50. Usha Facebook dan Instagram HiroBola dan like semua post. Komen juga untuk tambah masa aktiviti. Anda banyak masa, you can do this!


Semoga 50 aktiviti di atas sedikit sebanyak dapat memberi idea kepada anda untuk mengisi masa sepanjang PKP. Ingat terus berada di rumah masing-masing dan sama-sama kita menghapuskan Covid-19.

617 views

MENGENAI KAMI

HiroBola merupakan platform yang akan berkongsi maklumat, berita, info dan gossip terkini tentang bola sepak tempatan melalui ilustrasi.

HUBUNGI KAMI

No. 22, Jalan USJ Heights 1/1B,

USJ Avenue, 40150

Subang Jaya, Selangor.

03-80843000

hello@hirobola.com

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram