Liga Super Malaysia 2020

Updated: Feb 27

Kancah Liga Super Malaysia untuk edisi 2020 akan bermula tidak lama lagi. Pada 5 Januari yang lalu Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan jadual rasmi perlawanan Liga Super untuk musim ini.



12 pasukan akan berentap untuk merebut gelaran Juara Liga Super Malaysia 2020. Setiap pasukan akan menentang pasukan lawan sebanyak dua kali, sekali di laman sendiri dan sekali di tempat lawan. Ini bermakna setiap pasukan akan bermain sebanyak 22 perlawanan iaitu 11 perlawanan sebagai tuan rumah dan 11 lagi perlawanan di tempat lawan yang bakal berlangsung bermula Februari sehingga Julai.


Dijadualkan akan bermula pada 28 Februari 2020, perlawanan pertama Liga Super akan dimulakan dengan perlawanan Piala Sumbangsih 2020 antara Pasukan JDT selaku juara Liga Super 2019 menentang Pasukan Kedah selaku juara Piala FA 2019 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.


Pastinya kejayaan yang dimiliki oleh pasukan JDT selaku juara bertahan selama enam tahun akan dicemburui oleh pasukan yang lain. Diharapkan persaingan ini memberikan kesan positif kepada kancah bola sepak tanah air dan akan merancakkan lagi liga untuk musim ini.


Setiap pasukan pastinya akan membuat persiapan dan menyediakan sebuah pasukan yang terbaik bagi memberi saingan dalam merebut kejuaraan liga. Semua penyokong serta peminat bola sepak tanah air akan menjangkakan persaingan yang lebih sengit berbanding dengan musim 2019.



Ditulis oleh: @epulzakaria

109 views

MENGENAI KAMI

HiroBola merupakan platform yang akan berkongsi maklumat, berita, info dan gossip terkini tentang bola sepak tempatan melalui ilustrasi.

HUBUNGI KAMI

No. 22, Jalan USJ Heights 1/1B,

USJ Avenue, 40150

Subang Jaya, Selangor.

03-80843000

hello@hirobola.com

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram