Piala Sumbangsih 2020 milik JDT.

Johor Darul Takzim (JDT) berjaya merangkul gelaran hatrik Piala Sultan Ahmad Shah tiga musim berturut-turut apabila menewaskan Kedah 1-0 pada aksi pembuka tirai Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.



Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri, ternyata memberi peluang kepada JDT untuk terus memberi saingan yang hebat kepada pasukan Lang Merah. Di awal perlawanan kedua-dua pasukan dilihat memiliki peluang yang seimbang untuk merebut gelaran juara Piala Sumbangsih.


Stadium Sultan Ibrahim akhirnya bergema dengan sorakan penyokong Harimau Selatan apabila tonggak pertahanan import, Mauricio Nascimento menanduk masuk gol pertama pada minit ke-44.



Sumber: Facebook rasmi Malaysian Football League


Sebaik separuh masa kedua bermula, kedua-dua pasukan dilihat menggandakan asakan ke kubu pasukan lawan untuk menjaringkan gol. Diminit ke-52, Safawi Rashid hampir menjaringkan gol kedua JDT namun cubaannya tidak berjaya.


Kapten Kedah Baddrol Bakhtiar juga mempunyai peluang untuk meledak gol pasukan JDT dengan sepakan percuma pada minit ke-61, namun rebatannya berjaya dipatahkan oleh Farizal Marlias.


Gol tunggal Mauricio akhirnya memberi tuah kepada skuad Harimau Selatan melakar kemenangan kelima aksi sumbangsih untuk tahun 2020. Kemenangan ini lebih manis apabila pasukan JDT berjaya memenangi perlawanan pertama di Stadium Sultan Ibrahim yang baru dirasmikan pada 22 Februari lepas.



Ditulis oleh: @epulzakaria




93 views1 comment

MENGENAI KAMI

HiroBola merupakan platform yang akan berkongsi maklumat, berita, info dan gossip terkini tentang bola sepak tempatan melalui ilustrasi.

HUBUNGI KAMI

No. 22, Jalan USJ Heights 1/1B,

USJ Avenue, 40150

Subang Jaya, Selangor.

03-80843000

hello@hirobola.com

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram