• epulzakaria

Prestasi bintang JDT merudum.

Pemilik pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menegur bintang muda skuad Harimau Selatan, Safawi Rasid akibat prestasinya yang kian merudum sepanjang aksi musim ini.



Terdahulu, Tunku Ismail hilang sabar terhadap pemain penyerang JDT itu kerana dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon Syifa Melvin sehingga prestasinya di padang terganggu.


Jelas Tunku Ismail, kemerosotan mendadak pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 (ABK) adalah disebabkan oleh tekanan yang diterima daripada kekasihnya yang mendesak untuk berkahwin dengan Safawi.


Tunku Ismail menggesa Safawi supaya segera bangkit untuk memperbaiki prestasi terbaik jika mahu terus kekal berada dalam pasukan itu.


Sumber: Instagram Tunku Ismail

Bagi menjawab kenyataan Tunku Ismail Idris, Syifa Melvin tampil mempertahankan dirinya daripada dikaitkan sebagai punca kepada kejatuhan prestasi Safawi.


Syifa menjelaskan tuduhan itu adalah tidak berasas. Beliau menafikan dirinya yang menjadi penyebab dalam hal ini dan hanya mahu menumpang di atas kekayaan dan populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.


Sumber: Instagram Syifa Melvin
Sumber: Facebook JOHOR Southern Tigers

Safawi Rasid tampil memohon maaf kepada seluruh penyokong serta pemilik JDT akibat prestasinya yang merudum. Beliau juga turut memuat naik kiriman di laman Instagram, berjanji untuk memperbaiki prestasinya selepas ini.




108 views1 comment

MENGENAI KAMI

HiroBola merupakan platform yang akan berkongsi maklumat, berita, info dan gossip terkini tentang bola sepak tempatan melalui ilustrasi.

HUBUNGI KAMI

No. 22, Jalan USJ Heights 1/1B,

USJ Avenue, 40150

Subang Jaya, Selangor.

03-80843000

hello@hirobola.com

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram